Pemimpin PH Bertemu PM Bincang Isu Semasa

Politics
20 Jan 2022 • 6:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Rasuah antara isu yang dibincangkan kesemua pemimpin itu. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen hari ini bagi membincangkan beberapa isu semasa.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pertemuan itu dihadiri beliau, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu.

“Saya bersama saudara Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Parlimen.

“Kami membangkitkan soal Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti dibentang dalam sesi Parlimen akan datang,” katanya menerusi Facebook.

Anwar berkata, ketika pertemuan itu, keempat-empat pemimpin turut membincangkan isu rasuah.

Katanya, perbincangan turut menyentuh mengenai langkah pasca banjir yang dilaksanakan sebelum ini.

“Turut dibincang perihal rasuah yang semakin menggila serta langkah pasca banjir yang dihadapi sebelum ini,” katanya. - Getaran, 20 Januari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved