India rekod kes Covid-19 37,379 , varian Omicron 1,892

4 Jan 2022 • 3:58 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

NEW DELHI : Menurut statistik terkini daripada kementerian kesihatan India, jumlah kes Covid-19 telah meningkat kepada 34,960,261 hari ini, dengan 37,379 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menurut Xinhua, kementerian itu juga mengumumkan 124 kematian tambahan akibat wabak itu, menjadikan jumlah kematian kepada 482,017.

Secara keseluruhannya, terdapat 171,830 kes aktif Covid-19 di negara ini.

Sementara itu, sebanyak 34,306,414 kes jangkitan Covid-19 telah pulih setakat ini, dengan 11,007 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lepas.

Menurut data kementerian, jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang membabitkan varian Omicron telah mencapai 1,892, dengan negeri Maharashtra merekodkan 568 kes dan Delhi 382 kes.

Berikutan peningkatan kes Covid-19, Perbadanan Perbandaran Brihanmumbai (BMC) telah mengumumkan peraturan baharu di Mumbai.

Jika lebih daripada 20% penduduk dijangkiti Covid-19, BMC akan menutup keseluruhan bangunan kediaman.

Pekeliling itu berkuat kuasa hari ini, selepas India melaporkan 8,082 kes baharu Covid-19 sehari sebelumnya.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved