Bertenang Semua Kerana Covid-19 Varian Deltacron Disahkan Tidak Wujud

WorldTechnologyDigitalSpace
11 Jan 2022 • 9:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Covid-19

Sebelum ini kami melaporkan saintis dari Cyprus menemukan varian baharu Covid-19 yang diberi nama Deltacron kerana mempunyai persamaan dengan varian Delta dan Omicron. Tetapi selepas data genom diperiksa dengan lebih teliti, saintis mengesahkan Deltacron tidak wujud dan sekadar kesilapan yang berlaku ketika melakukan ujian di makmal.

image is not available

Profesor Leonidos Kostrikis yang merupakan ketua pasukan yang mengumumkan penemuan Deltacron kini meminta supaya penjujukan genod yang dihantar oleh mereka ke pangkalan data GISAID ditarik. Deltacron hanya wujud selepas berlaku kontaminasi silang pada sampel yang sedang diuji. Dalam kes ini serpihan Omicron mencemari sampel Delta yang sedang disiapkan.

Walaupun kita tidak lagi perlu risau mengenai Deltacron, varian Omicron kini sedang merebak dengan pantas di dunia. Negara seperti Amerika Syarikat, UK dan Austalia mencatatkan peningkatan jumlah kes yang tinggi sehingga graf naik menegak.