
KUALA LUMPUR - Sebanyak 12,000 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) bakal dibina di bawah Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan (Mindef).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pembinaan itu akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12 dan 13.
Menurutnya, bagi tahun 2022 sahaja, sejumlah tujuh projek pembinaan RKMAT akan siap meliputi enam negeri iaitu Kedah (RKMAT Tok Jalai), Perlis (RKMAT Kem Oran), Kelantan (RKMAT Kem Tumbi), Johor (RKMAT Segamat), Sarawak (RKMAT Pakit dan RKMAT Miri) dan Pahang (RKMAT Kem Bera).
AKAN MENYUSUL

