Lelaki 70 Tahun Meninggal Dunia Tanpa Pakaian Ketika Di Urut Wanita

WorldEntertainment
29 Jan 2022 • 9:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang lelaki yang merupakan warga British berusia 70 tahun meninggal dunia dalam keadaan bogel.

Menurut laporan mStar, kejadian berlaku di Pattaya, Thailand sewaktu dia sedang di urut oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Miss Oraya. 

Miss Oraya mengatakan bahawa pesara itu sedang baring dalam keadaan bogel sebelum mengalami sesak nafas. Mangsa kemudiannya diberi bantuan pernafasan (CPR) oleh pekerja disitu selepas dipanggil Oraya.

Saya nampak dia tertidur, lepas tu saya dengar dia macam tercekik kerana mengalami sesak nafas. 

Saya terus panggil gadis-gadis lain untuk bantu dengan menekan dadanya.

Sebelum sempat dibawa ke hospital berdekatan, lelaki berkenaan telahpun disahkan meninggal dunia.

Selepas sejam kejadian tersebut berlaku, polis tiba dan tidak mendapati sebarang penglibatan jenayah. 

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.