Aksi Ganas Elizabeth Tan Jadi Perhatian, Netizen Rela Jadi Pokok Pisang

Entertainment
10 Jan 2022 • 6:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan juga pelakon Elizabeth Tan, berkongsi video yang memaparkan aksi ganasnya menumbuk sebatang pokok pisang telah mencuri perhatian netizen.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Elizabeth atau mesra disapa Lizzy dilihat memakai singlet hitam dan berseluar jeans pendek menumbuk sebatang pokok pisang bertubi-tubi sehingga hancur.

Lizzy turut sempat menunjuk tangannya yang kemerahan akibat melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada pokok pisang tersebut.

Salam dari Ayer Tawar.

Video selebriti berusia 28 tahun itu telah mendapat pelbagai respons daripada pengikutnya dalam Instagram.

Malah, ada juga segelintir pengikutnya dalam Instagram rela ditumbuk Lizzy seperti pokok pisang itu.

“Saya sanggup jadi pokok pisang itu” tulis seorang pengguna Instagram.

“Tumbuk sahaja saya. Saya rela jadi pokok pisang itu” tulis seorang lagi pengikut.

image is not available 4 minggu lalu

Media Sosial Elizabeth Tan Jadi Tempat ‘Berkumpul’ Lelaki Melayu Miang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved