Tunggakan gaji pemain Melaka United dibincang dalam kongres

Football
13 Jan 2022 • 2:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

ISU tunggakan gaji pemain Melaka United akan diputuskan selepas Mesyuarat Kongres Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Ahad ini.

Presiden MUSA, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, setakat ini belum ada sebarang keputusan berkaitan isu berkenaan sehingga mesyuarat kongres diadakan.

"Setakat ini tiada langkah awal hanya perlu tunggu kongres bermesyuarat Ahad ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian Seminar Bemban Maju Jaya Kali Pertama di Kompleks Japerun Bemban, di sini pada Khamis.

Pada Selasa lalu, pengurusan MUFC memberi jaminan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai MUFC bagi musim 2021 akan diselesaikan segera.

Malah, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) supaya segera menyelesaikan isu tunggakan gaji membabitkan skuad Hang Tuah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved