Bakal masuki trimester ketiga, Mira Filzah umum hamil anak pertama

Entertainment
21 Jan 2022 • 10:32 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SEGALA teka-teki dan spekulasi berkaitan kehamilan Mira Filzah terjawab apabila pelakon itu mengumumkan kehamilan sulungnya.

Berkongsi berita gembira itu menerusi laman sosial Instagram, Mira turut memuat naik foto gambar alat ujian kehamilan berserta usia kandungannya kini bakal memasuki trimester ketiga.

image is not available

“Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami.

"Insha-ALLAH, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi," titip Mira.

Menerusi hantaran yang sama, Mira turut menitipkan ucapan terima kasih buat mereka yang sentiasa mendoakan mereka.

“Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih, semoga ALLAH SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita, aamin," katanya.

image is not available

Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar, anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Mohd Yazid pada September 2020.

Ruangan komen dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat. Malah, rata-rata mendoakan kehamilan dan kelahiran berjalan lancar.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Instagram mfmirafilzah