ASUS ZenBook 14 OLED Memperlihatkan Rekaan Serba Baru, Komponen Serba Berkuasa

TechnologyDigital
6 Jan 2022 • 2:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

ASUS hari ini memperlihatkan kemaskini terbaru kepada komputer riba ZenBook 14 OLED mereka, yang bukan sahaja hadir dengan komponen-komponen terbaru, tetapi juga rekaan komputer riba yang berlainan daripada model-model ZenBook OLED sebelum ini.

image is not available

Bermula dengan paparan paparan komputer riba ini, ia dilengkapi dengan paparan skrin OLED 14 inci dengan resolusi 2880 x 1800 pixel dengan nisbah paparan 16:10 yang lebih meninggi. Ia turut boleh memaparkan 100 peratus gamut warna DCI-P3 dan hadir dengan nilai kecerahan 550 nit, yang membolehkannya menyokong teknologi paparan HDR 500 True Black.

Dari segi komponen, ASUS ZenBook 14 OLED dikuasakan pilihan CPU oleh AMD dan Intel, termasuklah AMD Ryzen 6000 dan juga Intel Alder Lake-H. Untuk model Intel, ZenBook 14 OLED ini akan hadir dengan penawaran memori DDR5 dan juga Thunderbolt 4. Untuk CPU AMD pula, ia akan hadir dengan memori DDR4X.

Dari segi input, ASUS ZenBook 14 OLED hadir dengan dua palam USB Type-C, satu palam USB Type-A, satu palam HDMI, satu palam audio 3.5mm dan satu pembaca kad MicroSD.

image is not available

Tetapi apa yang paling menarik mengenai komputer riba ini kali ini ialah rekaan rangkanya yang diperbuat sepenuhnya daripada aluminum, yang memberinya ketebalan 16.9mm dan berat serendah 1.39kg. Di bahagian belakang paparan ialah rekaan logo ASUS yang diperkenalkan sekitar dua tahun lalu yang memberikan rekaan minimalis komputer ini rupa yang premium.

Ia dijangka bahawa komputer riba ini akan hadir di pasaran sekitar separuh kedua 2022 kelak, dengan tanda harga yang akan diumumkan.