Ini Yang Dilakukan HKL Selepas Viral Isu Pegawai Farmasi Didakwa Biadab

12 Jan 2022 • 7:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, viral di media sosial perkongsian seorang lelaki mengenai pengalamannya ketika berurusan di Unit Farmasi Hospital Kuala Lumpur (HKL). Lelaki itu mendakwa pegawai bertugas bersikap biadab.

Tidak hanya mendiamkan diri, HKL menerusi kenyataan media berkata, pihaknya telah mengenalpasti pegawai farmasi dalam perkongsian tular oleh Syafarizal Sharif.

Menurut Pengarah HKL Dr. Rohana Johan, siasatan yang dilakukan pihaknya mendapati terdapat kekeliruan antara pengadu dan pegawai yang bertugas.

image is not available
Foto Syafarizal Sharif

Perkhidmatan MyUbat tidak dapat dilaksanakan bagi ubat tertentu kerana kekangan stok bekalan yang terhad.

Bagi melaksanakan aplikasi MyUbat dan penghantaran melalui pos memerlukan pembungkusan dua minggu lebih awal daripada tarikh pesakit menerima ubat tersebut.

Berkenaan isu komunikasi pegawai, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan insiden yang sama tidak berulang lagi.

Jelasnya lagi, perkhidmatan MyUbat akan dilaksanakan seperti sedia kala apabila stok bekalan ubat kembali seperti biasa.

Kenyataan media

image is not available

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.