Pengedar dadah diberkas, polis rampas 10.2kg syabu

18 Jan 2022 • 10:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur disyaki mengedar dadah syabu diberkas dalam Ops Irma di Jalan Kuchai Lama di sini pada Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superintendan Mohd Shokri Abdullah berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada jam 8.55 malam.

"Hasil pemeriksaan, kita menjumpai satu beg plastik yang berisi 10 bungkusan warna hijau mengandungi dadah syabu seberat 10.2 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM360,000.

"Kita turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan wang tunai berjumlah RM300," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Shokri berkata, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak itu berperanan sebagai penghantar dadah kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur.

"Lelaki itu tidak memiliki sebarang rekod kesalahan lampau dan hasil ujian saringan awal yang dilakukan ke atasnya didapati negatif," katanya.

Beliau berkata, suspek telah ditahan reman selama lima hari bermula Sabtu hingga Rabu bagi membantu siasatan nengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kita meminta kerjasama daripada orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat aktiviti atau kegiatan penyalahgunaan dadah melalui aplikasi WhatsApp di talian 012-2087222," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved