
PENAMPANG: Kira-kira 100 pelajar dan penduduk Kg Notoruss berisiko jatuh ke dalam Sungai Moyog sekiranya jambatan gantung yang menghubungkan beberapa kampung kecil di sini tidak dibaik pulih segera.
Lebih-lebih lagi sekolah telah dibuka semula dan kemudahan tersebut digunakan ramai warga sekolah untuk ke sekolah khususnya SK Babagon.

