[VIDEO] Dapat lesen masa 60 tahun, nenek 83 tahun 'steady' pandu kereta, raih perhatian warganet

25 Jan 2022 • 1:49 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

USIA yang semakin lanjut bukan halangan untuk menerokai kemahiran baru. Kemampuan warga emas tidak boleh dipandang remeh.

Seperti dalam paparan video yang dikongsikan pengguna TikTok @nikafifi1234, seorang wanita masih kuat untuk memandu sendirian biarpun sedang meniti usia emas.

Kecergasan wanita dikenali sebagai Nek Wan menarik perhatian warga maya. Video tersebut menerima lebih 170,000 tontonan biarpun tidak sampai 24 jam dimuat naik.

“Nek Wan umur 83 tahun masih kuat lagi memandu seorang diri,” titip Nik Afifi pada paparan video.

@nikafifi1234nek Wan mari beli nasi...kita belanja nek popcorn katanya nk makan sambil tengok tv..

♬ Syukur Alhamdulillah - Wafiq Azizah

Selain itu, lelaki berkenaan turut berkongsi Nek Wan mendapat lesen memandunya ketika berusia 60 tahun.

“Umur 60 tahun Nek Wan lulus ujian memandu. Sekarang sudah 83 tahun masih kuat dan boleh memandu lagi.

“Semoga Nek Wan diberi kesihatan yang berpanjangan, aamiin,” tulisnya.

Malah menerusi ruangan komen, lelaki itu turut berkongsi Nek Wan banyak membaca al-Quran dan mengamalkan doa agar perjalanan pergi dan balik selamat.

image is not available

Menerusi video berdurasi 22 saat, wanita warga emas itu dilihat baru sahaja membeli makanan dan sedang bersedia untuk pulang.

Nik Afifi sempat berpesan agar Nek Wan memandu dengan berhati-hati.

Dalam pada itu, warga maya meluahkan kekaguman melihat wanita itu masih cergas memandu.

Malah kebanyakan mereka menitipkan doa agar Nek Wan dikurniakan kesihatan yang baik.

- “Masya-ALLAH. Nenek hati-hati selalu ya. Semoga berpanjangan umur dan diberikan kesihatan yang baik.”

- “Usia bukan penghalang untuk berjaya dalam apa jua bidang.”

- “Masya-ALLAH terang lagi mata Nek Wan memandu. Saya kalau drive malam memang tak nampak, kena pakai cermin mata.”

- “Harap saya juga boleh pandu kereta hingga ke akhir hayat. Tidak mahu menyusahkan anak-anak.”

- “Lebih suka berdikari dan tidak mahu menyusahkan sesiapa. Semoga kita semua sihat hingga ke akhir hayat.”

- “Masya-ALLAH, anugerah-NYA untuk insan terpilih.”

- “Ya ALLAH hebatnya. Saya yang 30 tahun ini masih terketar-ketar tak tahu nak kawal stereng dan tengok cermin sisi.”

- “Jarang nampak warga emas perempuan pandu kereta macam nenek ni. Biasa jumpa atuk-atuk. Apa pun nenek memang terbaik. Nenek drift satu kali!

Pada September 2021, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata Kerajaan tidak pernah berhasrat untuk menarik balik atau mengehadkan lesen memandu kepada individu yang berusia lebih 70 tahun.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok Afifi

View Original Article