Rokok Kretek RM8.7 Juta Dirampas

11 Jan 2022 • 9:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Bungkus rokok kretek itu dijumpai dalan lori yang dipandu lelaki berusia 37 tahun itu. - Gambar ihsan PGA

KALABAKAN - Sejumlah 362,600 bungkus rokok kretek pelbagai jenama bernilai lebih RM8.6 juta dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Iban, Merotai di sini semalam.

Kesemua rokok yang dipercayai diseludup itu ditemui PGA pada jam 10 pagi, dalam sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 37 tahun.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Superintendan Mohd Yacob Murad berkata, lori berkenaan berjaya ditahan menerusi Op Kontraban yang dilancarkan pihaknya.

“Hasil pemeriksaan, polis berjaya menemui 604 kotak besar berisi rokok pelbagai jenama tanpa cukai.

“Siasatan awal mendapati rokok terbabit dipercayai diseludup dari negara jiran dan dibawa masuk ke daerah ini untuk pasaran tempatan,” katanya.

Menurut Mohd Yacob, pihaknya merampas semua rokok kretek terbabit termasuk lori dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM8,793,388.

“Pemandu lori berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Semua rampasan dan suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. - Getaran, 11 Januari 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved