
Tenom: Kehadiran Ikon Pertanian penting kerana ia akan memberi dorongan dan motivasi kepada penduduk kampung untuk lebih komited mengusahakan tanah mereka dengan pelbagai jenis tanaman dan ternakan, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk James Ratib.
“Seperti di Tenom, produk kopinya terkenal di seluruh negara malah di peringkat antarabangsa. Dengan adanya ikon tanaman seperti pemilik Padas Farmstay dan Kopi Fatt Choi, lebih ramai petani lain yang akan berminat untuk meneroka perniagaan berasaskan kopi seperti mereka,” katanya.

