OnePlus Nord CE2 5G Tertiris, Pengenalan Dijangka Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
26 Jan 2022 • 1:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OnePlus 10 Pro baru sahaja diperkenalkan secara rasmi sekitar awal bulan lalu. Ia hadir dengan janaan cip Snapdrafon 8 Gen 1 bersama kamera Hasselblad dan pengecasan berasaskan SuperVOOC. Dalam pada itu, masih belum ada sebarang perkhabaran lanjut mengenai penawarannya untuk pasaran tempatan yang didengari setakat ini.

image is not available

Terbaharu, muncul pula desas-desus baharu mengenai kewujudan OnePlus Nord CE2 5G. Nampaknya, ia boleh menjadi model kemas kini untuk model terdahulu dengan beberapa penambahbaikan yang mungkin akan dibuat. Spekulasi awal menyatakan peranti ini besar kemungkinannya dilancarkan pada 11 Februari depan.

image is not available

Hal ini dikongsi oleh Max Jambor menerusi ciapan terkini, namun tidak berkongsi sebarang maklumat tambahan mengenainya – baik dari segi spesifikasi mahupun rekaan peranti. Bagaimanapun, terdapat juga kebarangkalian yang mana peranti akan meminjam sejumlah besar spesifikasi daripada siri OnePlus 9. Tetapi, ia sekadar spekulasi awal semata-mata.

Pengenalan siri OnePlus Nord menunjukkan bermulanya era peranti mampu milik buat jenama ini. Sebelum ini, OnePlus Nord CE 5G turut diperkenalkan dengan janaan cip Snapdragon 750G yang turut membawakan sokongan 5G. Di Malaysia, ia dijual dengan tanda harga bermula RM1399.