Rebat 2.5 peratus untuk pelanggan SESB

22 Jan 2022 • 12:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pelanggan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan menerima faedah tahunan sebanyak 2.5 peratus (juga dikenali sebagai rebat) daripada jumlah deposit elektrik yang dibayar.

Faedah ini, seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, akan dikreditkan ke dalam bil elektrik pelanggan bermula pada Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, pemulangan rebat berjumlah RM8.7 juta itu akan dikreditkan terus ke dalam akaun bil elektrik pengguna pada Januari dan Februari ini.

Pemulangan semula rebat tersebut membabitkan sejumlah 609,869 pengguna di seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Wang cagaran elektrik ini dikenakan sebagai sekuriti terhadap kerosakan atau untuk menjelaskan hutang tertunggak apabila pengguna menamatkan kontrak bekalan di mana ia selaras dengan peraturan 5(5) Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990.

Ia dikira bersamaan dua bulan penggunaan bil elektrik berdasarkan purata bagi enam bulan terakhir dan akan disemak setiap enam bulan.

Beliau turut menjelaskan, penambahan wang cagaran hanya akan dikenakan sekiranya terdapat peningkatan penggunaan elektrik secara purata bagi tempoh enam bulan berbanding wang cagaran sedia ada.

Bagaimanapun, jika purata penggunaan kurang daripada wang cagaran, maka ia boleh dipulangkan kepada pengguna atas permintaan pengguna melalui rebat kepada bil elektrik mereka, katanya.

Pengguna boleh menghubungi talian SESB Careline 15454 atau 088-515000 sekiranya memerlukan penjelasan, atau muat turun aplikasi mySESB melalui telefon bimbit untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan SESB.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.