Kutukan Terhadap Imej Janggut Suami Heliza Helmi Agak Melampau! 17 Tahun Datuk Bela Janggut

2 Jan 2022 • 6:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
heliza helmi

Masih ramai lelaki di luar sana yang tak boleh move on dengan berita perkahwinan Heliza Helmi ke? Sabarlah gais, bunga bukan sekuntum ok! Tapi sebenarnya, ramai lagi yang tak boleh move on tengok janggut mencecah paras perut milik suami pilihan hati Heliza ni. Korang ni biar betul?

Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sebenarnya adalah seorang usahawan berjaya yang bergelar jutawan dan cukup aktif berkongsi ilmu kepada orang ramai dalam bentuk video pendek.

Imej janggut yang lurus milik Mahadi sememangnya menjadi sesuatu yang unik untuk orang mengenalinya selama ini. Selain dipuji mengamalkan dan membudayakan sunnah Nabi Muhammad, masih ramai juga yang mungkin tidak mengenali beliau sehingga mengutuk imej tersebut.

Ada juga yang mempersoal mengapa Heliza memilih Mahadi sebagai suami.

Why him Heliza why?

image is not available

image is not available

Mahadi sudah 17 tahun simpan janggut

Melihat pada perkongsian seorang pengguna TikTok @produk.muslim.bmf, difahamkan Mahadi telah menyimpan janggutnya itu sejak 17 tahun yang lalu. Ahli perniagaan dan jutawan dari Pulau Pinang ketika itu baru berusia 22 tahun.

Dia punya janggut orang lain pula nak rimas

image is not available

Apapun hentikanlah kutukan terhadap imej orang lain. Kita tidak layak untuk menentukan apa yang terbaik untuk orang lain. Bagi kami komen sampai persoal kenapa Heliza memilih Mahadi sebagai suami sudah agak melampau dan tidak sepatutnya dipersoal. Kita doakan sahaja agar masjid yang dibina mereka berdua kekal hingga ke syurga, Amin.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.