(VIDEO) Kejadian Hujan Lebat Dan Ribut Di Shah Alam, 13 Rumah Rosak, Bumbung MSU Jatuh

28 Jan 2022 • 12:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebanyak 13 buah rumah rosak di Lorong Bunga Raya 3, Kampung Kebun Bunga di Seksyen 22 dalam kejadian hujan lebat dan ribut, semalam.

Menurut laporan Kosmo, kejadian ribut itu turut mengakibatkan satu kepingan bumbung di tingkat dua bangunan Management & Science University (MSU) terjatuh ke bawah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian dikatakan berlaku kira-kira 5.15 petang susulan hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut.

image is not available

Namun, dalam kedua-dua kejadian berkenaan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut beliau, bumbung beberapa buah rumah penduduk di Kampung Kebun Bunga tercabut dan terbang.

Hasil pemeriksaan, sebuah kereta rosak dihempap bumbung gerai makan.

Selain itu, kejadian tersebut turut melibatkan sebuah kedai cuci kereta yang mengalami nasib sama.

image is not available 6 jam lalu

(VIDEO) Penduduk Cemas, Kejadian Puting Beliung Di Bukit Kayu Hitam