Cantikkan bibir dengan koleksi gincu matte & satin dan lip liner Anastasia Beverly Hills terbaharu

Beauty
24 Jan 2022 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
gincu matte & satin dan lip liner Anastasia Beverly Hills

BAGAIKAN memahami keperluan wanita yang ingin nampak cantik meskipun di sebalik topeng pelitup muka, Anastasia Beverly Hills baru-baru ini memperkenalkan koleksi gincu matte dan satin serta lip liner terbaharu.

Anastasia Beverly Hills dalam satu kenyataan menyebut, dengan 18 pilihan rona menawan, penampilan wajah dengan solekan semula jadi boleh diubah kepada gaya glamour sekelip mata.

"Barisan inovasi daripada jenama ini juga boleh membuatkan setiap calitan mampu bertahan lebih lama dari pagi sehingga ke malam," katanya.

image is not available

Untuk wanita mereka yang sukakan rona menyerlah, pilihan rona matte seperti American Doll, Blackberry, Royal Red, Rum Puch dan Tofee boleh dijadikan sebahagian seleksi.

Pasti, bibir anda akan nampak lebih seksi dan mungil!

Bagi peminat warna pastel pula, terdapat 13 pilihan nuansa. Antaranya seperti Butterscotch, Dusty Rose, Peach Amber dan Warm Peach yang boleh dicuba.

image is not available
Tidak ketinggalan, 18 variasi warna lip liner yang sesuai dengan semua jenis tona kulit seperti Rose Dream, Cherry, Malt dan Hazelnut.

Percayalah, barisan kosmetik itu bakal menyerlahkan penampilan si wanita tidak kira sama ada menghadiri majlis makan malam, reunion bersama rakan taulan atau majlis hari jadi.

Buat mereka yang tertanya-tanya harga yang ditawarkan, berikut butirannya:

image is not available

1) Koleksi gincu matte dan satin: Bermula pada harga RM105
2) Lip liner: RM90

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk baharu tersebut yang akan dilancarkan pada 25 Januari ini melalui laman web, sephora.my.

Selepas itu, pada 10 Februari nanti, produk berkenaan boleh dibeli di stor terpilih.

View Original Article