Ban Bukit Changgang Pecah, Penduduk Diminta ‘Berjaga-Jaga’

3 Jan 2022 • 12:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ban

Ban berdekatan Kampung RTB Bukit Changgang, Sepang Selangor telah dilaporkan pecah pada jam 10.10 pagi tadi.

Menerusi laporan dari Hasimi Muhamad di laman Twitternya, air Sungai Langat sudah mula memasuki kawasan tali air menuju ke kampung yang berdekatan menyebabkan penduduk mula bimbang.

Penduduk bimbang jika air naik dengan cepat

image is not available

Air pasang besar yang berlaku di Bukit Changgang menyebabkan penduduk setempat bimbang sekiranya air akan naik dengan cepat ke kawasan kampung.

Pihak Bomba dan Penyelamat sekarang ini sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia KLIA, Timbalan Penguasa Bomba II, Khairuddin Jamaludin, meminta penduduk kampung untuk berjaga-jaga dengan kemungkinan air yang akan masuk ke parit-parit yang berdekatan dengan RTB Bukit Changgang.

Semoga penduduk berdekatan dengan kawasan kejadian terselamat dari bah dan semoga keadaan air di Bukit Changgang akan kembali normal.

Ada juga netizen yang bimbang mengatakan ban punca rumah-rumah di tepi tapi air tidak terkena bah. Tapi apabila ban sudah pecah, mereka harus bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

Apa-apa pun, semoga semua penduduk bersiap-sedia menerima apa jua kemungkinan yang bakal berlaku. Semoga Allah terus melindungi Malaysia dari musibah yang teruk.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media