
GEMENCHEH : Seramai 527 orang iaitu 205 buah keluarga mangsa banjir Gemencheh, Negeri Sembilan, susulan kejadian banjir kilat yang berlaku di daerah ini sejak awal pagi semalam.
Proses agihan bantuan barang keperluan asas berbentuk kotak bantuan makanan, toto, bantal, air minuman 5 liter dan gas stove kepada ketua keluarga di PPS Sk Sg Kelamah.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, berkata, jalan di daerah Gemencheh terputus menyebabkan bantuan terhad sampai kepada mangsa-mangsa banjir.
Selain itu, kenderaan tertentu sahaja yang boleh masuk untuk hulur bantuan dan ini adalah kali pertama kejadian banjir berlaku di Negeri Sembilan yang melibatkan ramai orang.
“Kita akan lihat dan siasat keperluan untuk mengelakkan lagi banjir sebegini dan dapat ditangani dengan baik. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutamanya MAPIM Malaysia yang hadir awal ke sini untuk beri bantuan kepada mangsa banjir,” katanya.
Sementara itu, Yang Berhormat Dun Gemencheh, Tuan Mohd Isam Hj Mohd Isa, berkata, aliran sungai tidak dapat mengalir dengan baik setakat ini namun, air mula surut ke arah daerah Gemas.
Beliau mengingatkan penduduk setempat agar sentiasa mengawasi keadaan banjir dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak terkorban dalam kejadian banjir.
Beliau juga berkata, perkara ketidakfungsian siren yang dikatakan oleh penduduk setempat akan disiasat kepada pihak berkuasa.
“Saya ucapkan kepada MAPIM Malaysia dan MAPIM Rangers untuk turun beri bantuan barang-barang keperluan kepada mangsa banjir, semoga dipermudahkan urusan MAPIM Malaysia,” tambahnya.




Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

