Aliff Aziz “Comeback Is Real”

Entertainment
27 Jan 2022 • 3:00 PM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Aliff Aziz “Comeback Is Real”

Mikrofon adalah magic

Pernah suatu ketika dulu kita digemparkan dengan cerita tentang artis ini di media. Perpisahan dengan isterinya akibat curang, telah mendapat perhatian orang ramai. Namun, kehidupan sebagai artis adalah sangat memerlukan kawalan yang ketat bagi menutup aib mereka. Tidak kurang juga populariti yang diraih selepas cerita mereka dipopularkan di Malaysia.

Tidak mungkin itu menjadi bualan selama-lamanya. Namun begitu, Aliff Aziz yang popular dengan lagu Sayang sayang sayang ini tidak berputus asa untuk merubah kehidupannya. Dilihat ada sosok yang sudah berubah ke arah kebaikan dengan memakai serban berdakwah bersama rakan-rakan untuk mengubah hidup. Dengan kembalinya rujuk dengan isterinya, Bella, Aliff Aziz kembali ke dunia hiburan dengan menyertai Gegar Vaganza.

Gegar Vaganza adalah pentas nyanyian untuk artis-artis lama dan veteran untuk menaikkan semula nama mereka di dunia hiburan. Antara nama yang pernah menjadi juara ialah Aishah. Hadiah yang lumayan menanti mereka untuk memulakan kerjaya balik sebagai penyanyi.

Aliff Aziz muncul juara yang terbaru dalam program realiti ini. Ianya menjadi kejutan buat beliau dan juga peminat rancangan TV ini. Ianya adalah kuasa Allah yang menentukan apabila segala kesilapan yang lalu diinsafi dan member ganjaran di dunia. Kelihatan isterinya menangis kegembiraan apabila suaminya dinobatkan sebagai juara realiti TV itu.

Aliff Aziz membawa wang tunai sebanyak RM100,000 sebagai juara dan ianya adalah sangat berbaloi dengan usaha yang telah dibuat olehnya.

Antara intipati positif yang dapat kita belajar ialah kebangkitan. Inspirasi dari cerita juara realiti TV membuktikan kebangkitan adalah sangat kuat boleh memperoleh ganjaran yang setimpal. Sifat seorang juara perlu ada pada setiap insan walaupun diharungi pelbagai cabaran. Dalam kita meniti kehidupan yang lebih susah pada hari ini, bangkitlah untuk mengubah kehidupan anda.

Dan, kesilapan adalah satu tindakan yang dibuat oleh semua orang. Namun begitu, tak ramai yang menyesali segala kesilapan yang lalu. Sifat putus asa perlu dibuang untuk menjalani proses kebangkitan dalam hidup. Anda harus tahu ianya akan jadi bermakna kebangkitan itu berhasil. Tidak kiralah bidang apa pun kita dalami, kesilapan pastinya hadir kerana kita hanyalah manusia biasa.

Akhir sekali, pedulikan apa yang ramai orang akan perkatakan dengan tindakan kita untuk bangkit. Ianya akan mempengaruhi semua tindakan dan daya pemikiran kita. Orang yang hebat dia akan mempedulikan sekeliling yang tidak membina dan mulakan pergaulan dengan orang baru. Tak mustahil suatu hari nanti apabila anda berjaya, anda akan menjadi inspirasi kepada orang sekeliling yang menjatuhkan anda dahulu.

Kesemua personaliti dan sifat-sifar adalah yang menjadi titik tolak kejayaan Aliff Aziz. Biarpun beliau bekerja untuk menghiburkan orang, tetapi perjalanan beliau menjadi inspirasi. Jadi, kita sebagai sebahagian daripada masyarakat harus menyokong segala usaha positif dan membina hidup yang bermakna. Jangan difikirkan untuk menjadi orang yang sentiasa negatif dalam segala hal. Ianya tidak baik untuk diri sendiri dan akan memudaratkan sekeliling anda.

Ingatlah, keaiban kita masih lagi ditutup dan inilah masa untuk anda mengubah segala yang buruk dari diri anda. Meskipun kita masih merasa lemah, ingatlah lebih ramai yang akan menyambut tangan anda untuk bangkit. Dalam era yang penuh mencabar, sistem sokongan adalah sangat penting untuk memajukan diri and. Pilihlah kawan yang akan membina, berbanding kawan yang ingin menjatuhkan anda.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.