Cuma Perlu Bayar RM180 Untuk Sijil Palsu, Polis Tahan 4 Orang Termasuk Doktor

20 Jan 2022 • 11:56 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kes tipu sijil vaksin masih belum reda. Pihak polis giat menjalankan siasatan dalam menjejaki mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini. Terbaru, pihak polis di Kelantan telah berjaya menahan empat individu termasuk seorang doktor yang merupakan pemilik klinik swasta untuk siasatan lanjut selepas menawarkan harga sebanyak RM180 untuk pemalsuan kad itu.

image is not available

Kesemua individu yang terlibat itu berumur dalam lingkungan 30-an hingga awal 60-an ditahan selepas polis dan Jabatan Kesihatan negeri menerima laporan pada pukul 11.19 pagi Ahad lepas.

Menurut Utusan Malaysia, beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah menerima empat aduan daripada sumber berbeza mengenai pengeluaran kad vaksinasi palsu oleh klinik berkenaan antara 1 Oktober tahun lalu dan juga pada dan 11 Januari lepas.

Difahamkan keempat-empat mereka kini telah dibebas dengan jaminan polis namun siasatan lanjut mengenai kes itu masih diteruskan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.