Dalam kesibukan kita kembali menjalani kerjaya harian dan rutin harian kita. Tidak salah kita mengambil sedikit masa membawa diri dan keluarga ke tempat peranginan untuk berehat. Tempat paling saya suka adalah Cameron Highland.
Pasca pandemik dan zaman endemik Covid–19 telah menyaksikan pelbagai pengajaran dan teladan kepada seluruh umat manusia. Ada yang terkesan sehingga kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai akibat virus Covid–19 ini. Ada juga yang beralih kerjaya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir 2 tahun ini. Apa juga kesan yang kita hadapi, kita teruskan perjuangan dalam kehidupan dan jalani norma baharu. Sejak sektor ekonomi dan rentas negeri dibuka kembali, sektor pelancongan adalah industri yang paling teruja dan tidak sabar kerana sudah sangat lama bercuti dari perniagaan mereka. Rakyat Malaysia juga mengambil peluang dan kesempatan membawa keluarga yang sudah lama terperuk di rumah untuk keluar mengambil angin dan bercuti.
Akan tetapi, kita juga perlu mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan menjaga kawalan kendiri bagi memudahkan urusan semua orang. Dalam kesibukan kita kembali menjalani kerjaya harian dan rutin harian kita. Tidak salah kita mengambil sedikit masa membawa diri dan keluarga ke tempat peranginan untuk berehat. Tempat yang paling saya suka adalah Cameron Highland. Disini saya kongsikan beberapa tempat menarik wajib kita kunjungi apabila berada di sana. Sebelum ke sana, kita perlu merancang perjalanan dan tempat yang hendak dilawati supaya tidak membuang masa di sana nanti.
The Sheep Sanctuary (Ladang Kambing Biri–Biri)

Berbeza dengan pengalaman berada di zoo. Ladang ini dibuka kepada umum dan boleh dilawati semua peringkat umur. Bayaran yang murah dan berpatutan dengan hanya RM8 untuk seorang dewasa dan RM5 untuk kanak–kanak. Apa yang menarik adalah kita boleh memberi makan dan memegang secara dekat kambing biri-biri tersebut kerana mereka hanya lepaskan semua haiwan tersebut. Ia sangat jinak dan mudah untuk diberi makan, sangat sesuai kepada yang mempunyai anak kecil untuk merangsang dan mengutip pengalaman berharga ini. Jangan risau tentang makanan, kerana bayaran tersebut termasuk dengan makanan kambing.
Abang Strawberry

Tidak lengkap kalau kita tidak merasa dan membeli makanan berkaitan strawberi. Kedai Abang Strawberry ni memang sangat terkenal dan viral sejak dibuka lagi. Antara yang digemari adalah Nasi Lemak Strawberi yang berwarna merah jambu. Ia disajikan dengan ayam goreng. Selain itu, kita juga boleh memetik buah strawberi sendiri dan makan secara segar di ladang mereka yang terletak di belakang cafe tersebut. Kepada penggemar teh pula, boleh cuba strawberi panas yang sangat sesuai diminum waktu sejuk. Silalah berkunjung ke kedai ini kerana tempat yang selesa dan luas.
Night Market (Pasar Malam Cameron Highland)

Di kebanyakan negara ASEAN sudah semestinya terkenal dengan konsep penjaja ‘night market’ yang menjual pelbagai makanan atau pakaian pada harga yang murah dan mudah dikunjungi. Tidak kurang juga pasar malam yang berada di Cameron Highland ini menjadi tarikan pelancong setiap hujung minggu. Ia hanya dibuka pada Jumaat hingga Ahad malam sahaja. Kepada bakal pengunjung, sila merancang perjalanan sebelum bertolak supaya tidak terlepas dengan pasar malam ini. Kita juga boleh memilih untuk tinggal di homestay sebelah pasar malam ini sahaja yang bernama Golden Hills Appartment melalui membuat tempahan secara online di aplikasi Airbnb. Pasar malam ini juga menjual makanan seperti strawberi, ubi keledek, sayur–sayuran segar malah ada juga banyak penjaja yang menjual cenderahati ingatan dari Cameron Highland.
Selamat bercuti semua!
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.
