Inisiatif kad SIM percuma diteruskan tahun ini, sasar 25,000 penerima

30 Jan 2022 • 9:16 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KAJANG, 30 JAN : Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyasarkan seramai 25,000 penerima kad modul pengenalan pelanggan (SIM) menerusi inisiatif Data Internet Selangor pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Norita Mohd Sidek berkata daripada jumlah itu ia meliputi golongan berpendapatan rendah (B40), peniaga dalam talian dan pelajar di seluruh negeri.

“Inisiatif ini masih diteruskan selepas menerima sambutan menggalakkan sejak tahun lalu. MBI terus fokus membantu golongan memerlukan kerana internet merupakan antara keperluan penting dalam urusan harian,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Banjir Beranang oleh MBI di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Minangkabau, di sini hari ini.

Pada 4 Ogos tahun lalu, Dato’ Menteri Besar Pada 4 Ogos, Amirudin mengumumkan seramai 70,000 rakyat negeri ini bakal menikmati kad SIM dan data internet percuma selama 12 bulan dengan peruntukan RM17.5 juta.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu menyasar pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor, peminjam Yayasan Selangor, mahasiswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Turut menerima manfaat ialah pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor, peniaga dalam talian bawah e-Bazar Selangor, petani dan ibu tunggal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved