7-Eleven kini menjual kad hadiah Valorant & Legends of Runeterra

Gaming
6 Jan 2022 • 4:09 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kepada peminat permainan video Valorant dan Legends of Runeterra, 7-Eleven Malaysia kini menyediakan kad hadiah (gift card) Riot Games yang anda boleh gunakan untuk menebus matawang bonus di dalam permainan itu. Anda boleh membelinya pada nilai RM40 dan RM70.

image is not available

Untuk menebusnya di game Valorant, anda perlu masukkan pin yang terdapat pada kad hadiah itu di bahagian Prepaid Cards & Codes dan kemudian tekan Submit untuk menikmati mata Valorant. Untuk lakukan penebusan di Legends of Runeterra pula, anda boleh ke tab Store di dalam game, pilih kaedah pembayaran Prepaid Cards, kemudian masukkan nombor pin pada kad dan tekan Submit.

Selain kad hadiah Riot Games, anda boleh juga dapatkan kad hadiah lain di kedai 7-Eleven. Antaranya kad hadiah Netflix, Roblox, Google Play, Spotify Premium, PlayStationimage is not available Store dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kad hadiah Riot Games, ada boleh layari laman web rasmi 7-Eleven.