Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan, Shebby Singh Meninggal Dunia

Football
12 Jan 2022 • 9:58 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Lagenda bola sepak negara, Serbegeth Singh atau lebih dikenali dengan panggilan Shebby Singh dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Menerusi laporan FMT, berita pemergian mendiang disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Yusoff Mahadi.

Berita pemergiannya turut dikongsikan akaun Twitter rasmi FAM.

Mendiang yang berusia 61 tahun difahamkan meninggal dunia pada petang Rabu ketika berbasikal di Kledang, Johor.

image is not available
Foto : Astro

Shebby yang merupakan bekas pemain pertahanan pasukan kebangsaan mula menempa nama di dalam arena bola sepak tempatan selepas menyertai pasukan Johor FA.

Mendiang kemudian berpindah ke pasukan Kuala Lumpur pada 1983 seterusnya menyertai beberapa lagi pasukan domestik seperti Negeri Sembilan FA , Pahang FA sebelum ‘menggantung but’ pada 1996 bersama Perak FA.

Mendiang kemudian meneruskan kareer di dalam bola sepak sebagai jurulatih dan penasihat sukan selain turut terlibat sebagai penganalisis bola sepak di televisyen Asia Tenggara.

image is not available
Foto : Daily Mail/ Ian Hodgson

Shebby turut mencipta nama di Eropah apabila menjadi Penasihat Global dan Pengarah Bola Sepak Blackburn Rovers pada tahun 2012.