Empat mayat ditemukan terapung belum dituntut

6 Jan 2022 • 2:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MANJUNG - Jenazah empat mayat ditemukan terapung di kawasan Pulau Jarak, Pulau Pangkor pada 30 Disember lalu masih belum dituntut keluarga mahupun waris terdekat.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, keempat-empat mangsa iaitu seorang lelaki dan tiga wanita dipercayai warga Indonesia itu masih ditempatkan di unit forensik Hospital Seri Manjung.

Menurutnya, polis akan mendapatkan bantuan polis antarabangsa (Interpol) dan Kedutaan Indonesia untuk membantu mengenal pasti waris mangsa terlibat.

"Berdasarkan siasatan setakat ini, polis percaya kesemua mereka bukan rakyat tempatan kerana tiada kesan suntikan bacille calmette-guerin (BCG) pada tubuh mereka.

"Jadi polis akan dapatkan bantuan Interpol bagi menghubungi pihak kedutaan untuk mengesan waris-waris mangsa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan empat mayat berkenaan adalah mangsa kejadian bot karam yang dilaporkan di perairan Sekinchan, Selangor membabitkan warga Indonesia.

"Bagaimanapun belum ada pengesahan daripada pihak kedutaan mengenai kes ini," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved