Seorang lagi suspek jual sijil vaksin palsu ditahan

31 Jan 2022 • 8:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Polis menjalankan tangkapan terhadap seorang lagi individu dipercayai mempunyai kaitan aktiviti menjual sijil digital vaksin palsu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata butiran lanjut berkaitan tangkapan akan diberikan kelak.

"Kita ada buat tangkapan terhadap seorang suspek menjadikan keseluruhan tangkapan seramai lapan individu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Sungai Rasau, Lebuhraya Persekutuan di sini pada Isnin.

14 Januari lalu, sebuah klinik di Gombak diserbu polis setelah dipercayai menjual sijil vaksinasi berharga RM500 kepada lebih 5,000 individu sejak tiga bulan lalu.

Tujuh suspek termasuk pemilik klinik berumur 20 hingga 35 tahun ditahan dalam serbuan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved