Lebih 11 juta individu, terima dos penggalak

Health & Fitness
27 Jan 2022 • 12:45 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR: Jumlah kumulatif bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 11,327,531 atau 48.4 peratus selepas seramai 203,943 individu dewasa di negara ini menerima dos penggalak COVID-19, semalam.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, seramai 22,920,175 atau 97.9 peratus daripada populasi dewasa telah lengkap menerima vaksinasi.

Selain itu, 23,197,884 individu atau 99.1 peratus daripada kumpulan itu, menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.

Statistik harian menunjukkan sebanyak 208,042 dos vaksin sudah diberikan semalam, membabitkan 1,677 dos pertama, 2,422 dos lengkap dan 203,943 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bertambah kepada 62,892,195 dos.

Sementara itu, menurut portal Github KKM, sebanyak 12 kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan Sabah dan Selangor masing-masing merekodkan tiga kes, Johor (dua kes) dan masing-masing satu kes di Melaka, Pahang, Perak dan Pulau Pinang. – BERNAMA

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved