ASUS Vivobook 13 Slate OLED Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM3499

TechnologyDigital
25 Jan 2022 • 7:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
ASUS Vivobook 13 Slate OLED

ASUS Malaysia hari ini memperkenalkan tablet produktiviti terbaru mereka, iaitu ASUS Vivobook 13 Slate OLED di pasaran tempatan bagi mereka yang mahukan sebuah peranti yang mudah digunakan dan dibawa kemana-mana.

image is not available

ASUS Vivobook 13 Slate OLED ini hadir dengan paparan OLED bersaiz 13.3 inci dengan resolusi Full HD yang memperlihatkan gamut warna DCI-P3 dan hadir dengan nisbah paparan ke bingkai 83 peratus.

image is not available

Ia dikuasakan oleh CPU Intel Pentium Silver N6000 dan hadir dengan konfigurasi memori 8GB dan storan SSD PCIe 3.0 bersaiz 256GB. Tidak seperti peranti Microsoft Surface, ia juga termasuk dengan penutup papan kekunci yang boleh disambungkan ke bahagian tablet untuk melengkapkan peranti ini.

image is not available

Ia juga hadir dengan ASUS Pen 2.0 yang mempunyai 4096 tahap tekanan untuk penggunaan stylus yang hampir realistik seperti menggunakan pen ataupun pensel pada kertas.

image is not available

ASUS Malaysia mengatakan bahawa mereka akan membawa masuk satu model SKU tablet ini seperti yang dinyatakan diatas pada harga RM3499 bermula hari ini.