
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah tidak bercadang untuk membangunkan industri guarana di Sabah dan orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi mana-mana skim yang didakwa mempromosikan tumbuhan itu.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata guarana, yang berasal dari Amerika Selatan, dikelaskan sebagai tumbuhan ‘berbahaya’ kerana dikhuatiri membawa penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB).
