
BANTING - Banjir yang melanda negeri Selangor pada 18 Disember lalu meninggalkan impak yang sangat besar kepada penduduk yang terjejas.
Sehingga kini masih ramai mangsa banjir yang memerlukan bantuan bagi urusan baik pulih kediaman termasuk memerlukan peralatan rumah yang baharu.

Pengarah Kolej KEDA, Che Ridzuan Mohamad Isa berkata, Skuad Misi Banjir Kolej KEDA dengan kekuatan 30 pelajar dan kakitangan berjaya menyantuni 40 buah rumah di dua lokasi berbeza iaitu Kampung Jawa, Klang dan Kampung Tengah Bukit Changgang, Banting.


“Misi ini mempunyai dua matlamat utama iaitu konsep berilmu dan berbakti. Saya berharap pelajar yang terlibat dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dengan membaik pulih barangan elektrik dan penyaman udara di sini.

Beliau yang mengetuai misi itu berharap pelajar yang terlibat akan menjadikan program berkenaan sebagai medan latihan dan menambah pengalaman di samping mengukuhkan semangat kerjasama antara mereka.

“Saya rasa bersemangat untuk membantu membaiki peralatan elektrik mereka dengan berbekalkan ilmu yang saya pelajari di Kolej KEDA. Semoga apa yang kami lakukan di sini dapat meringankan beban mereka,” katanya.


