Lelaki ditikam di Penampang Baru meninggal dunia

5 Jan 2022 • 12:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Polis sedang memburu seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh di belakang bangunan sebuah pusat hiburan, di Penampang Baru di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki itu dikenal pasti sebagai Kaw Yung Chee, 34, berasal dari Kota Kinabalu.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi polis. Kami juga meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Haris berkata mangsa yang maut dikenal pasti seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun dan mengalami kecederaan akibat kesan tikaman objek tajam.

“Mangsa dirawat di Zon Kecemasan Hospital Queen Elizabeth I sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 8.38 pagi oleh pegawai perubatan akibat pendarahan yang teruk disebabkan tikaman objek tajam,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.