Tuchel yakin Chelsea bangkit lakar kemenangan

Football
17 Jan 2022 • 2:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel yakin skuad kendaliannya itu akan bangkit melakar kemenangan ketika berdepan Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu.

Menurut Tuchel, biarpun kecewa dengan kekalahan 0-1 kepada Manchester City baru-baru ini, namun pengendali Jerman itu menyifatkan kesebelasan The Blues sudah cukup bersedia untuk berdepan skuad The Sea Gulls.

“Saya yakin pemain akan kembali bangkit setelah tewas kepada City tempoh hari dan ia berdasarkan pemerhatian saya terhadap persiapan pasukan ketika ini.

“Malah, pemain-pemain juga dilihat bersemangat pada sesi latihan menjelang perlawanan kali ini dan saya yakin kemenangan mampu direalisasikan kali ini,” katanya.

Kekalahan kepada City menyaksikan Chelsea kini berada pada kedudukan ketiga dengan 43 mata, manakala Brighton kini berada pada kedudukan ke sembilan dengan 28 mata.

Sementara itu, pengendali Brighton, Graham Potter mahu memastikan kesebelasan pemain dapat melebarkan rekod tanpa kalah sejak lima perlawanan terdahulu.

Katanya, rekod berkenaan dilihat telah membantu memberikan suntikan semangat buat The Seagullls pada lima perlawanan terdahulu dan diharapkan ia akan berterusan selepas ini.

“Kami tidak tewas dalam lima perlawanan sebelum ini dan ia satu pencapaian yang agak baik.

“Oleh itu, kami mahu mengekalkannya begitu walaupun berdepan kesukaran menentang Chelsea nanti,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved