
BMW iX M60 dilancarkan pagi tadi sebagai SUV elektrik terkini dari BWM yang menumpukan kepada prestasi. Ia dilengkapi dua motor dengan kuasa gabungan 610 kuasa kuda dan jarak operasi bateri sehingga 566 kilometer mengikut standard WLTP. Tetapi yang menjadikan kenderaan yang diperlihatkan ini menarik ialah warna tubuh boleh berubah dari kelabu ke putih dengan sekelip mata.

Teknologi warna kereta yang berubah serta merta ini telah diuar-uarkan sejak Disember tahun lalu. Namun apakah nama sistem dan sama ada ia akan digunakan pada BMW iX M60 yang mula dijual Jun kelak masih belum diketahui.
This color changing @BMWUSA #iX is wild! It’s apparently very temperature sensitive so they have a backup in a trailer in case this one gets too hot / cold pic.twitter.com/lXG1Gw0IKY
Sesuai dengan statusnya sebagai sebuah kereta dalam siri M, BMW iX M60 boleh memecut ke kelajuan 100 km/j dalam masa hanya 3.6 saat dan bergerak pada kelajuan maksimum 250 km/j. Kepantasan juga dapat dilihat pada sistem pengecasan yang disokong. Bateri boleh dicas dari 10% ke 80% dalam masa 35 minit menggunakan pengecas 250kW.

SUV ini juga adalah yang pertama menggunakan platform kenderaan elektrik terkini BMW yang modular. Paparan dalaman terkini iDrive turut digunakan berasaskan sistem operasi terkini BMW Operating System 8. Dengan pelbagai sensor dan kamera, BWM berharap akan dapat menawarkan sistem swapandu Tahap 3 kelak. Apabila jualan dibuka Jun ini, BMW iX M60 boleh dibeli pada harga bermula $106,095 (~RM445,000) sebuah.
