Cinta sampai ke mati. Pengantin sanggup bergambar dalam keranda demi abadikan kisah cinta mereka

25 Jan 2022 • 10:29 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
pre wedding tanah kubur

SETIAP pasangan kekasih yang bercinta, pasti mengimpikan rumah tangga yang bakal dibina berkekalan hingga ke jannah.

Tidak kurang juga trend sesi penggambaran foto praperkahwinan sebelum majlis nikah atau resepsi semakin mendapat tempat dalam kalangan bakal pengantin.

Mana tidaknya, mereka seboleh-bolehnya mahu merakam momen indah sebelum meniti alam rumah tangga. Malah, tema yang dibawakan juga kadang-kadang tidak masuk akal.

Perkongsian seorang pengguna Facebook, Nonts Kongchaw yang merupakan seorang rakyat Thailand mengenai foto praperkahwinannya baru-baru ini membuatkan ramai netizen tergamam.

image is not available

Mana tidaknya, lokasi penggambaran dibuat bukannya di tepi pantai, taman bunga atau sawah padi, tetapi di sebuah tanah perkuburan di Kamphaeng Saen, Thailand!

Sesi photoshoot tersebut mengikut budaya masyarakat di sana dan memperlihatkan bahawa percintaan mereka bertemakan 'Love Beyond Death' hingga ke liang lahad.

Setiap bidikan kamera bermula daripada keranda sebagai prop, kemudian di tempat pembakaran mayat dan akhirnya di dalam tanah kubur.

image is not available

Pun begitu, agak menyeramkan apabila pemuda itu berkongsikan satu foto dan menanyakan siapakah entiti yang menyerupai lelaki tua memandang ke arah mereka ketika sesi penggambaran berlangsung?

"Siapa pak cik itu? Kenapa dia memandang tajam ke arah saya? Hahaha..Pak cik, adakah awak takut kepada hantu? Ini ialah sebuah hutan lama," tulis bakal pengantin itu.

Aduhai seram pula jadinya apabila sosok tubuh tersebut jelas kelihatan di sebalik gambar mereka yang sedang bergambar.

image is not available

Foto yang dibulatkan dengan warna merah nampaknya menerima reaksi luar biasa daripada pengguna Facebook apabila menerima 591 perkongsian dan 587 komen.

Rata-rata netizen nampaknya tidak kisah mengenai tema praperkahwinan tersebut, namun terdapat juga komen yang tidak bersetuju dengan cara ekstrem tersebut.

Pun begitu, sesi photoshoot itu sebenarnya sekadar suka-suka memandangkan Nonts amat meminati konsep seram seperti keranda, tanah kubur dan sebagainya.

image is not available

Malah, beberapa foto sambutan hari jadinya baru-baru ini juga dihiasi dengan keranda gergasi dan kek dengan bentuk mayat seperti mumia.

Tidak dinafikan, banyak lagi kisah praperkahwinan yang tular di media sosial yang konon-kononnya tidak mahu ketinggalan dengan isu semasa.

Kisah pasangan kekasih di Filipina misalnya, mereka mengabdikan percintaan dengan berkonsepkan drama popular, Money Hiest.

image is not available

Siap prop pistol dan wang kertas berterbangan menjadi latar belakang gambar 'Bank of Spain'. Memang nampak real!

Agak menarik kerana foto epik berkenaan diambil di Kuil Leah di Cebu, Filipina tersebut memang cantik dan lain daripada lain.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Di Malaysia pun banyak sebenarnya foto perkahwinan yang tular di media sosial seperti kisah abang rider yang menemui cinta hatinya melalui penghantaran makanan.

Agak sweet juga melihat pasangan tersebut mengabdikan kenangan perkenalan melalui foto dan boleh jadi, boleh diceritakan kepada anak cucu nanti.

Apapun, apa yang penting semua trend janganlah membatasi adat, budaya dan agama ya! #kitalaluibersama #kitajagakita

View Original Article