Peniaga maut elak tapir melintas

30 Jan 2022 • 2:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

DUNGUN - Seorang peniaga maut selepas kenderaan dinaiki terbabas kerana mengelak seekor tapir melintas jalan di Kilometer 98, Jalan Jerangau Jabor, dekat Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu, mangsa, Mohd Norhakimin Mohd Fauzi, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala rakannya, Muhammad Irfan Nazran Ibrahim, 22 tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ketika kejadian, mangsa yang menaiki Perodua Viva dipandu rakannya itu dikatakan dalam perjalanan dari Ketengah Jaya ke AMBS untuk ke bank.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, seekor tapir tiba-tiba melintas dari kanan ke kiri jalan menyebabkan kenderaan dipandu rakan mangsa terpaksa mengelak sebelum hilang kawalan.

"Susulan itu, kereta dinaiki mangsa terbabas sebelum melanggar tiang elektrik dan terjatuh ke bawah cerun di kiri jalan," katanya.

Baharudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved