“Kesian Tau ‘Level’ Artis Kena Cuci Pinggan” – Vida Tak Suka Ashira Jadi Pencuci Pinggan

6 Jan 2022 • 10:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, penyanyi Ashira ada memberitahu akibat berdepan dengan pelbagai kesusahan, dirinya terpaksa mengambil upah mencuci pinggan di sebuah restoran di Puchong.

Namun, beliau memberitahu ada beberapa pihak yang kurang senang dia bekerja sebagai pencuci pinggan dan membuatkan dia rasa serba salah berkongsikan cerita itu kepada umum.

Tidak terkecuali, usahawan kosmetik sensasi iaitu Datuk Seri Vida juga tidak mendiamkan diri dengan berkata penyanyi tersebut perlu berhenti mengambil upah pekerjaan itu.

image is not available

Sumber : mStar 

Katanya di dalam ruangan komen hantaran artikel mStar itu, biarpun tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina kerjaya penyanyi tersebut tetapi Vida merasakan Ashira tidak seharusnya merendahkan imej sendiri dengan membuat pekerjaan seperti itu.

Kesian tau level artis kena kerja cuci pinggan, ada banyak lagi kerja lain.

Kerana komen tersebut, Vida mendapat kecaman hebat dari warganet yang menganggap kenyataan dibuat oleh usahawan itu seolah-olah menghina pekerjaan sebagai pencuci pinggan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bagaimanapun, Vida sempat berkata bahawa dia hanya mahukan yang terbaik sahaja buat Ashira serta merancang untuk melakukan sesuatu agar dapat mengurangkan sedikit bebanan bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh itu.

Sekadar info, pada 30 November lalu, Bad Indigo berdepan dengan kesukaran apabila lima jari kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes yang dihadapi oleh beliau dan terpaksa mengguna walker untuk bantuan pergerakan.

image is not available 11 jam lalu

Dipandang Hina Kerana Bekerja Sebagai Pencuci Pinggan, Ashira Akui Serba Salah Kongsi Cerita