Ini Rupanya Maksud Warna Dan Simbol Setiap ‘Signboard’ Jalan Di Malaysia

25 Jan 2022 • 12:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kalau korang perasan, setiap papan tanda jalan di Malaysia datang dengan pelbagai warna, huruf dan nombor kan? Ada yang berwarna biru, hijau, coklat dan ditulis dengan warna kuning serta putih. Apa maksud di sebalik warna itu ya?

Bagi yang tak tahu, di sini kami nak jelaskan maksud bagi setiap ‘signboard’ jalan tu. Penting ni tau!

Signboard biru dan hijau

image is not available

‘Signboard’ berwarna biru digunakan untuk lalu lintas jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran. Papan tanda ini menunjukkan anda sedang memandu dalam laluan tanpa tol.

Manakala, ‘signboard’ berwarna hijau digunakan untuk Sistem Lebuh Raya Malaysia atau laluan bertol.

Jalan Persekutuan

image is not available

Jalan Persekutuan biasanya dilabel dengan nombor sahaja.

MaklumatDigit nombor
Nombor jalan persekutuan utama001 – 249
Jalan persekutuan kemudahan institusi250 – 479
Nombor susur keluar jalan persekutuanEXIT 1 – EXIT 99
EXIT 201 – EXIT 29
Nombor jalan persekutuan utama
(Sarawak)
1-1 – 1-59
3-1 – 3-99
Nombor jalan persekutuan utama
(Sabah; sistem penomboran lama)
A01 – A99
Nombor jalan persekutuan utama
(Labuan)
700 – 799
Nombor jalan persekutuan FELDA/FELCRA1000 – 1999
2000 – 2999
Nombor jalan persekutuan perindustrian3000 – 3999

Jalan Negeri

image is not available

Kod Jalan Raya NegeriNegeri
APerak
BSelangor
CPahang
DKelantan
JJohor
KKedah
MMelaka
NNegeri Sembilan
PPulau Pinang
RPerlis
SASabah
TTerengganu

Huruf ‘E’ singkatan bagi Expressway

image is not available

Kalau korang jumpa huruf ‘E’ ini menunjukkan korang sedang memasuki laluan lebuh raya. Dekat Malaysia lebuh raya kebiasaannya ada tol.

Warna kuning itu untuk nama jalan

image is not available

Warna putih untuk nama bandar dan kawasan

image is not available

Huruf putih, background maroon

image is not available

Kalau ‘signboard’ warna maroon pula untuk destinasi perlancongan. Bagi lokasi tumpuan pelancong, ‘signboard’ berwarna putih ditulis dengan huruf berwarna hijau.

Nama jingga, latar hijau

image is not available

Tempat ditulis dengan warna jingga berlatarbelakangkan hijau menandakan bangunan atau institusi kerajaan.

Susunan ikut jarak

image is not available

Susunan pada ‘signboard’ mengikut jarak destinasi. Lokasi paling jauh diletakkan di atas, lokasi dekat diletakkan paling bawah.

Amacam, dah faham ke belum? Semoga bermanfaat.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.