27 Kematian Baharu COVID-19, Selangor Catat Jumlah Tertinggi

12 Jan 2022 • 11:36 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah 31,723 dengan 6,401 daripadanya adalah kes BID. - Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 27 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak sembilan kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah 31,723 dengan 6,401 daripadanya adalah kes BID.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu sembilan kes, diikuti masing-masing empat di Johor dan Terengganu.

Sabah dan Kuala Lumpur pula masing-masing tiga kes manakala satu kematian di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 39,913 kes aktif dilaporkan dengan 32, 703 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,659 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 3,322 lagi menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 229 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 99 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 2,977 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 253,944 dos vaksin diberikan semalam iaitu 248,659 dos penggalak, 2,152 dos pertama dan 3,133 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 25,657,970 atau 78.6 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi. - Getaran, 12 Januari 2022