Celcom Mula Mengaktifkan Ciri VoLTE Untuk Pengguna Prabayar Secara Berperingkat

TechnologyDigital
1 Jan 2022 • 6:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available


Celcom sedia menawarkan perkhidmatan VoLTE atau turut dipasarkan sebagai Celcom HD Voice untuk pengguna pascabayar sejak 2020 yang lepas. Selepas dinantikan pengenalannya untuk pengguna prabayar sekian lama, kini Celcom dilihat telah mula memperkenalkan ciri berkenaan secara berperingkat.

Buat masa ini, hanya segelintir pengguna prabayar Celcom atau Xpax telah mula menerimanya. Celcom melalui balasan sosial turut mengatakan ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat untuk pengguna prabayar, termasuk berdasarkan peranti digunakan.

image is not available

Melalui ciri VoLTE, ia membolehkan pengguna menikmati panggilan suara berkualiti tinggi, selain sambungan panggilan lebih pantas, dan tiada gangguna kepada talian data ketika menjawab penggilan.

Bagi anda yang menggunakan prabayar Celcom, sudahkah anda menerima sokongan baharu ini?