Pemandu kereta rempuh empat kenderaan ditahan

10 Jan 2022 • 12:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu kereta ditahan kerana menyebabkan kemalangan dengan empat kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Jalan Gombak menghala Jalan Genting Klang di sini pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu membabitkan kereta jenis Honda Civic, selain Proton Saga, Perodua Myvi dan dua Perodua Bezza.

"Lelaki berusia 45 tahun yang memandu Honda Civic di lorong paling kanan telah hilang kawalan lalu merempuh empat kereta sedang berhenti di lampu isyarat sebelum terbalik," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sarifudin berkata, kesemua pemandu yang terbabit dalam kemalangan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Lelaki itu telah dibawa ke balai polis untuk ujian saringan air kencing dan keputusannya adalah negatif," ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga membahayakan pengguna lain.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau balai polis berhampiran," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved