600kg beras Siam seludup dirampas

12 Jan 2022 • 6:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PASIR MAS - Polis Pasir Mas merampas 600 kilogram (kg) beras Siam seludup selepas menahan sebuah kereta jenis Proton Saga Iswara di tepi jalan berhampiran Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan pihaknya turut merampas 140kg tepung beras yang ditemui dalam kereta berkenaan.

Tambah beliau, anggota yang membuat rondaan bergegas ke lokasi mengesan kereta dinaiki suspek selepas menerima maklumat daripada orang awam.

"Anggota terbabit kemudian melihat sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan dari arah jalan Tendong menuju ke jambatan Sultan Ismail Petra.

"Bagaimanapun pemandu kereta itu memecut laju walaupun anggota telah mengarahkan pemandu supaya berhenti," katanya.

Mohd Nasaruddin berkata, suspek kemudian bertindak berhenti secara mengejut sebelum melarikan diri.

"Pemeriksaan di dalam kereta itu menemui sebanyak 600kg beras Siam dan 140kg tepung beras," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved