“Adik Yang Buat Ke?” – Netizen Keliru Poster Tawaran Kerja Ahli Parlimen Ini Macam..

7 Jan 2022 • 11:03 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, ahli Parlimen Kepong iaitu Lim Lip Eng curi perhatian warganet di Twitter apabila beliau memuat naik satu ciapan poster yang menawarkan tawaran pekerjaan.

Menerusi poster yang di muat naik oleh beliau itu, Lim menyatakan hasratnya untuk mencari seorang pegawai media baharu dan gaji mengikut pasaran semasa serta pengalaman.

Dalam pada masa yang sama, Lim turut menawarkan kekosongan buat pelajar yang ingin menjalani latihan industri ataupun pratikal.

Walau bagaimanapun, apa yang membuat ciapan poster tawaran pekerjaan tersebut menarik perhatian ramai adalah rekaan poster itu sendiri.

Kebanyakkannya berasa terkejut serta keliru apabila melihat poster berkenaan kerana ianya seolah-olah direka oleh pereka grafik amatur.

Adik you ke yang buat poster ini, saudara?

image is not available

Sumber : Twitter 

Namun, ada juga yang merasakan idea ahli Parlimen ini bernas kerana dengan berbuat sedemikian, ciapan tersebut menjadi tular di platform media sosial tersebut.

Hahahaha! Ada bagusnya juga buat poster macam tu kan.

image is not available 17 jam lalu

"Adeh Pengsan Saya.." - Jururawat Nasihat Ibu Tunggu Hari Nak Bersalin Elak Makan Petai