Mereka Yang Berada di Kelantan Dah Boleh Buat Kenduri K4hwin Bermula 3 Jan

10 Jan 2022 • 3:53 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Majlis akad nikah dan kenduri di Kelantan dibenarkan dengan pematuhan 50 peratus kapasiti ruang premis dan penjarakan fizikal, setelah negeri ini berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dalam kenyataan hari ini berkata pelaksanaan itu tertakluk kepada individu yang telah lengkap menerima vaksin dan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun juga dibenarkan hadir dengan mematuhi protokol kesihatan umum.

“JAHEAIK menerusi Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam turut memutuskan semua kursus

praperkahwinan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) dijalankan secara dalam talian. Begitu juga dengan Khidmat Nasihat dan Runding Cara akan dijalankan secara dalam talian serta bersemuka mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya.

Sebarang arahan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Kementerian Kesihatan (KKM) dari semasa ke semasa adalah terpakai dan arahan pentadbiran yang dikeluarkan sebelum ini adalah terbatal.

Kelantan beralih ke Fasa 4 PPN berkuat kuasa 3 Januari lepas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved