Rakyat Malaysia Diramal Sambut Tahun Baru Cina Dalam Cuaca Hujan & Ribut Petir

28 Jan 2022 • 11:30 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Mulai hari ini, Jumaat (28 Januari) -- beberapa buah negeri di pantai barat Semenanjung dijangka mengalami ribut petir dan hujan pada waktu petang hingga awal malam.

Cuaca berkenaan dijangka berlaku sehingga 3 Februari atau erti kata lain masyarakat Cina di Malaysia mungkin menyambut kedatangan Tahun Baru Cina dalam suasana hujan!

image is not available

Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) -- cuaca buruk itu melibatkan 8 buah negeri dan Wilayah Persekutuan termasuk Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka.

image is not available

Selain itu -- bahagian barat Sabah, utara dan tengah Sarawak turut dijangka mengalami cuaca yang sama.

Bagaimanapun sebaliknya, negeri-negeri di utara dan timur Semenanjung mengalami cuaca panas dan kering.

image is not available

Dalam pada itu, berdasarkan analisis MetMalaysia, sistem cuaca tekanan rendah di barat Pulau Palawan, Filipina dijangka bergerak ke arah barat laut menjauhi negara. Ia juga diramalkan tidak berkembang menjadi siklon tropika yang signifikan dalam tempoh 24 jam.

image is not available

Justeru, orang ramai dinasihatkan merujuk laman web www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved