Rangkaian Kereta Api Halaju Tinggi Di China Kini Sepanjang Garisan Khatulistiwa

TechnologyDigital
3 Jan 2022 • 6:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

China kini mempunyai rangkaian kereta api halaju tinggi terpanjang di dunia yang melepasi 40,000 kilometer yang bersamaan dengan panjang garisan Khatulistiwa. Angka yang menakjubkan ini dicapai selepas laluan antara Anqing di Timur Anhui dan Jiujiang di selatan Jiangxi dibuka minggu lalu menurut laporan Global Times. China akan terus menambah rangkaian kereta api halaju tinggi di negara mereka bagi menyambungkan bandar-bandar satelit dengan bandar utama di setiap daerah.

image is not available

Projek membina rangkaian kereta api halaju tinggi di China dimulakan pada tahun 2007 dengan laluan pertama Beijing ke Tianjin dibuka pada tahun 2008. Dengan pantas China memintas Jepun sebagai negara dengan rangkaian kereta api halaju tinggi terpanjang dunia. Di China kereta api yang bergerak pada kelajuan di antara 200–350 km/j diklasifikasikan sebagai berkelajuan tinggi.

Terdapat usaha dari CRRC SRI untuk memperkenalkan kereta api apungan magnet yang lebih pantas mencecah kelajuan 600 km/j.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved