Pelancaran Spotify HiFi Ditangguh Ke Tarikh Yang Belum Diketahui

TechnologyDigital
10 Jan 2022 • 6:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Spotify HiFi diumumkan pada Februari lalu sebagai pesaing kepada penawaran penstriman dengan kadar bit tinggi yang ditawarkan oleh Tidal dan Apple Music. Pelancarannya amat dinantikan kerana bagi peminat audio sebenar, kualiti yang ditawarkan oleh Spotify pada waktu ini lebih rendah berbanding kualiti cakera padat. Kemudian kedengaran ura-ura Spotify HiFi akan dilancarkan tahun ini.

image is not available

Tetapi kepada pelanggan Spotify Premium mereka perlu menanti lebih lama kerana pelancaran Spotify HiFi telah ditangguh lagi ke tarikh yang belum diketahui. Ini adalah menurut pengumuman yang dilakukan menerusi forum pengguna rasmi Spotify.

Sedang platform lain memberikan tumpuan kepada kualiti audio nirhilang dan sokongan Dolby Atmos, Spotify memberikan tumpuan kepada podsiar dan buku audio. Tumpuan mereka menunjukkan kejayaan kerana Spotify kini menjadi antara platform podsiar paling popular dan masih memegang status platform penstriman muzik nombor satu dunia.